TAJUK KURSUS HAJI.Kursus haji akan diadakan sehinga 17 minggu dimana selalunya minggu pertama akan bermula diantara pertengahan bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun. Setiap sesi akan memakan masa selama 2 jam.
KULIAH 1 ; PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAHSebelum kuliah bermula, para hadirin akan diarah untuk bertalbiah bertujuan untuk menuntut ilmu. Tajuk-tajuk lain yang disentuh ialah:
* Hikmah menunai fardhu haji
* Adab-adab sebelum menunai fardhu haji
* Penyucian jiwa dan hati semasa berada di tanah suci
* Sifat-sifat terpuji dan tercela dalam menunai fardhu haji
* Menjauhi amalan syirik dan khurafat
* perkara-perkara yang mebatalkan keislaman seseorang
* Jihad dalam mengerja ibadat haji
KULIAH 2 : SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI Dalam tajuk di atas, perkara-perkara yang akan disentuh ialah:
- Sejarah tanah haram
- Adab-adab semasa di tanah haram
- kelebihan tanah haram
- Tempat-tempat mustajab berdoa
- Sejarah Kaabah dan Masjid Haram
- Amalan-amalan di Masjid Haram
- Sejarah air zam-zam
- Adab-adab semasa meminum air zam-zam
- Kelebihan air zam-zam
- Kawasan Masyaa'er
- Kawasan Haji
- Suasana di Masyaa'er

Pemandangan Masjid Nabawi diwaktu malamKULIAH 3 : PENGENALAN KEPADA IBADAT HAJI & UMRAHDidalam tajuk untuk kuliah 3 pula, isi kandungannya pula adalah seperti berikut :
# Pengetian Haji & Umrah
# Dalil wajib haji
# Kelebihan haji $ umrah
# Pengertian haji mabrur
# Syarat-syarat haji mabrur
# Doa mendapatkan haji mabrur
# Syarat-syarat wajib haji & umrah
# Mahrah bagi wanita
# Perbezan antara rukun dan wajib haji & umrah
Pemandangan Masjidil Haram dari Hotel Safwah