Islamic Calendar

Islamic Widget

11 January 2010

PROSES-PROSES MENUNAIKAN FARDHU HAJI (siri 01)


Asm. kepada pengunjung blog saya ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua proses-proses yang perlu dilalui oleh kebanyakkan para tetamu Allah yang ingin pergi menunaikan fardhu haji.

Pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji di Tabung Haji yang berdekatan dengan tempat anda. Minimum yang perlu ada didalam tabung haji ialah RM1,300.00. Anda boleh menambah dengan berbagai-bagai cara mengikut kesesuaian anda. Saya membuat potongan gaji setiap bulan.

Apabila wang mencukupi didalam tabung dan giliran anda untuk ketanah suci telah sampai, maka anda akan mendapat tawaran daripada pihak tabung haji untuk menunaikan ibadah haji. Sekiranya anda bercadang untuk pergi dengan pakej tabung haji atau pihak swasta. maka anda perlu mencukupi baki dengan jumlah yang dikenakan oleh pihak pakej. Jumlah pakej yang paling murah sekali ialah RM16,000.00 dan boleh mencecah ratusan ribu mengikut kemampuan anda.

Selepas semua kewangan telah mencukupi dan anda telah berjaya menjadi tetamu Allah, maka anda akan mendapat tawaran untuk mengikuti kursus haji yang dijalankan oleh pihak tabung haji ditempat anda dan anda boleh memilih hari yang sesuai dengan masa anda. Saya cadangkan supaya anda mengikuti kursus yang dianjurkan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi kefahaman yang mantap sebelum berangkat ketanah suci.

InsyaAllah siri-siri atau proses-proses yang berikut akan menyusul.

No comments:

Post a Comment