Islamic Calendar

Islamic Widget

14 January 2010

PROSES-PROSES MENUNAIFARDHU HAJI (siri 04)

KULIAH 8 : SA'EI & BERCUKUR/BERGUNTING

Tajuk yang diajar adalah seperti berikut:

* Pengertian Sa'ei
* Syarat-syarat Sa'ei
* Sunat-sunat Sa'ei
* Bercukur/bergunting
* Tahallul
* Tertib


KULIAH 9 : WAJIB-WAJIB HAJI

Didalam kuliah ini pula, tajuk-tajuk perbincangan yang ditekankan adalah:

- Wajib haji
- Memakai pakaian ihram
- Pakaian ihran lelaki dan perempuan
- Sunat-sunat ihram
- Miqat
- Miqat Makani bagi haji dan umrah
- Kawasan miqat
- Tempat-tempat miqat di Mekah
- Larangan dalam ihram
- Jenis-jenis larangan dalam ihram




Pakaian ihram lelaki dan perempuan (untuk perempuan seperti apa yang mereka pakai untuk bersolat dan adalah baik sarung diganti dengan seluar)

PROSES-PROSES MENUNAIFARDHU HAJI (siri 03)

KULIAH 4 : IBADAT UMRAH

Didalam kuliah 4, perkara-perkara yang dititik berat adalah seperti:

* Pengertian & dalil umrah
* Rukuk & wajib umrah
* Aliran ibadat umrah
* Cara memakai pakaian ihram
* Niat umrah
* Miqat makani bagi penduduk luar Mekah
* Larangan semasa berihram
* Tawaf umrah
* Saie umrah
* Apa itu tertib
* Cara mengerjakan umrah



Berada di hadapan bangunan tempat Saie untuk melakukan ibadat umrah


KULIAH 5 : IBADAT HAJI

Dalam tajuk ini akan disentuh parkara-perkara seperti:

+ Rukun haji
+ Aliran pekerjaan haji
+ Niat ihrah
- haji ifrad
- haji tamattu'
- haji qiran
+ Apa itu haji ifrad, tamattu' dan qiran




Suasana dalam khemah sehari sebelum masuk waktu wukuf



+ Wukuf di Arafah


Berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semasa wukuf, waktunya antara gelincir matahari dan sebelum terbenam matahari pada 9 Zulhijjah

+ Waktu wukuf
+ Syarat sah wukuf
+ Amalan-amalan sunat semasa berwukuf
+ Perkara-perkara yang dilarang di Arafah.


KULIAH 6: MABIT DI MUDZALIFAH, MELONTAR JAMRAH & MABIT DI MINA

Tajuk yang di beri dalam kuliah ini ialah:

> Mabit di Mudzalifah
> Tempat melontar
> Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah
> Syarat-syarat melontar
> Mabit di Mina
> Melontar Jamrah pada 11, 12 & 13 Zulhijjah (hari Tasyreeq)
> Apa itu nafar awal dan nafar thani



Mabit di Mudzalifat dan disunatkan mengutip anak batu sekurang-kurangnya 7 biji




Pemandangan perkhemahan di Mina dan jemaah siap untuk pergi melontar





Bangunan dimana terletaknya ketiga-tiga jamrah, Sughra, Wusta & Kubra






KULIAH 7 : TAWAF

< Tawaf dan pengertiannya
< Syarat-syarat sah tawaf
< Jenis dan sunat-sunat semasa tawaf
< Batal wudhu semasa tawaf
< Kesalahan semasa tawaf




Jemaah sedang bertawaf di bahagian bumbung Masjidil Haram




Jemaah sedang bertawaf, pemandangan dari arah Hijil Ismail




Tawaf mengelilingi Kaabah dan pemandangan dari arah Hajar Aswad

12 January 2010

PROSES-PROSES MENUNAIKAN FARDHU HAJI (siri 02)


TAJUK KURSUS HAJI.

Kursus haji akan diadakan sehinga 17 minggu dimana selalunya minggu pertama akan bermula diantara pertengahan bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun. Setiap sesi akan memakan masa selama 2 jam.

KULIAH 1 ; PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH

Sebelum kuliah bermula, para hadirin akan diarah untuk bertalbiah bertujuan untuk menuntut ilmu. Tajuk-tajuk lain yang disentuh ialah:

* Hikmah menunai fardhu haji
* Adab-adab sebelum menunai fardhu haji
* Penyucian jiwa dan hati semasa berada di tanah suci
* Sifat-sifat terpuji dan tercela dalam menunai fardhu haji
* Menjauhi amalan syirik dan khurafat
* perkara-perkara yang mebatalkan keislaman seseorang
* Jihad dalam mengerja ibadat haji

KULIAH 2 : SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI

Dalam tajuk di atas, perkara-perkara yang akan disentuh ialah:

- Sejarah tanah haram
- Adab-adab semasa di tanah haram
- kelebihan tanah haram
- Tempat-tempat mustajab berdoa
- Sejarah Kaabah dan Masjid Haram
- Amalan-amalan di Masjid Haram
- Sejarah air zam-zam
- Adab-adab semasa meminum air zam-zam
- Kelebihan air zam-zam
- Kawasan Masyaa'er
- Kawasan Haji
- Suasana di Masyaa'er





Pemandangan Masjid Nabawi diwaktu malam





KULIAH 3 : PENGENALAN KEPADA IBADAT HAJI & UMRAH

Didalam tajuk untuk kuliah 3 pula, isi kandungannya pula adalah seperti berikut :

# Pengetian Haji & Umrah
# Dalil wajib haji
# Kelebihan haji $ umrah
# Pengertian haji mabrur
# Syarat-syarat haji mabrur
# Doa mendapatkan haji mabrur
# Syarat-syarat wajib haji & umrah
# Mahrah bagi wanita
# Perbezan antara rukun dan wajib haji & umrah




Pemandangan Masjidil Haram dari Hotel Safwah

11 January 2010

PROSES-PROSES MENUNAIKAN FARDHU HAJI (siri 01)


Asm. kepada pengunjung blog saya ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua proses-proses yang perlu dilalui oleh kebanyakkan para tetamu Allah yang ingin pergi menunaikan fardhu haji.

Pertama sekali apa yang perlu dibuat ialah mendaftar untuk mengerjakan fardhu haji di Tabung Haji yang berdekatan dengan tempat anda. Minimum yang perlu ada didalam tabung haji ialah RM1,300.00. Anda boleh menambah dengan berbagai-bagai cara mengikut kesesuaian anda. Saya membuat potongan gaji setiap bulan.

Apabila wang mencukupi didalam tabung dan giliran anda untuk ketanah suci telah sampai, maka anda akan mendapat tawaran daripada pihak tabung haji untuk menunaikan ibadah haji. Sekiranya anda bercadang untuk pergi dengan pakej tabung haji atau pihak swasta. maka anda perlu mencukupi baki dengan jumlah yang dikenakan oleh pihak pakej. Jumlah pakej yang paling murah sekali ialah RM16,000.00 dan boleh mencecah ratusan ribu mengikut kemampuan anda.

Selepas semua kewangan telah mencukupi dan anda telah berjaya menjadi tetamu Allah, maka anda akan mendapat tawaran untuk mengikuti kursus haji yang dijalankan oleh pihak tabung haji ditempat anda dan anda boleh memilih hari yang sesuai dengan masa anda. Saya cadangkan supaya anda mengikuti kursus yang dianjurkan sekurang-kurangnya dua tahun untuk memberi kefahaman yang mantap sebelum berangkat ketanah suci.

InsyaAllah siri-siri atau proses-proses yang berikut akan menyusul.

10 September 2009

Salam Perkenalan/ Hi

This is my first attempt. I am trying to create my own personal site for you guys to see what I'm going to put in later on. If anyone out there have any ideas how to manage or design a site, please provide some knowledge so that I can create one for my own. Beside, we can be friend and get to know each other

Bagi sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam merekabentuk 'site' yang boleh memberi berbagai maklumat yang diredhai, supaya dapat memberi tunjuk ajar dalam hal ini. Dengan ini juga kita semua dalam berkenalan antara satu sama lain.