Islamic Calendar

Islamic Widget

12 January 2010

PROSES-PROSES MENUNAIKAN FARDHU HAJI (siri 02)


TAJUK KURSUS HAJI.

Kursus haji akan diadakan sehinga 17 minggu dimana selalunya minggu pertama akan bermula diantara pertengahan bulan Mac atau awal bulan April setiap tahun. Setiap sesi akan memakan masa selama 2 jam.

KULIAH 1 ; PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH

Sebelum kuliah bermula, para hadirin akan diarah untuk bertalbiah bertujuan untuk menuntut ilmu. Tajuk-tajuk lain yang disentuh ialah:

* Hikmah menunai fardhu haji
* Adab-adab sebelum menunai fardhu haji
* Penyucian jiwa dan hati semasa berada di tanah suci
* Sifat-sifat terpuji dan tercela dalam menunai fardhu haji
* Menjauhi amalan syirik dan khurafat
* perkara-perkara yang mebatalkan keislaman seseorang
* Jihad dalam mengerja ibadat haji

KULIAH 2 : SEJARAH & PENGENALAN TANAH SUCI

Dalam tajuk di atas, perkara-perkara yang akan disentuh ialah:

- Sejarah tanah haram
- Adab-adab semasa di tanah haram
- kelebihan tanah haram
- Tempat-tempat mustajab berdoa
- Sejarah Kaabah dan Masjid Haram
- Amalan-amalan di Masjid Haram
- Sejarah air zam-zam
- Adab-adab semasa meminum air zam-zam
- Kelebihan air zam-zam
- Kawasan Masyaa'er
- Kawasan Haji
- Suasana di Masyaa'er





Pemandangan Masjid Nabawi diwaktu malam





KULIAH 3 : PENGENALAN KEPADA IBADAT HAJI & UMRAH

Didalam tajuk untuk kuliah 3 pula, isi kandungannya pula adalah seperti berikut :

# Pengetian Haji & Umrah
# Dalil wajib haji
# Kelebihan haji $ umrah
# Pengertian haji mabrur
# Syarat-syarat haji mabrur
# Doa mendapatkan haji mabrur
# Syarat-syarat wajib haji & umrah
# Mahrah bagi wanita
# Perbezan antara rukun dan wajib haji & umrah




Pemandangan Masjidil Haram dari Hotel Safwah

3 comments:

  1. salam tuan

    alhamdulillah, syukur atas perkongsian ilmu yang pastinya memberi manafaat kepada semua

    teruskan menulis

    ReplyDelete
  2. Salam rezeki

    Terima kasih di atas sokongan

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,

    Saya nak bertanya tentang berapa lamakah masa yang diambil untuk menunaikan haji?

    ReplyDelete